Buaya Tembaga di Port Dickson? Betul ke?
05 Aug 2010 8 Comments
in -Life-, | News | Tags: bangkai, bangkai buaya, berat bangkai buaya, berat buaya, buaya, buaya air masin, buaya darat, buaya mati, buaya tembaga, bunuh, bunuh buaya, harian metro, mati, panjang bangkai buaya, port dickson, tembaga buaya
Assalammualaikum
Aku dikejutkan oleh sesuatu yang sangat dasyat semalam. Buaya Tembaga di Port Dickson!
Kata Berita Metro bahawa ia berukuran dalam 5m & seberat 1 ton. Cuba bayangkan, 5 meter kalau in Layman’s Term adala dalam 18kaki. Panjang gila. 1 ton pulak hampir menyamai sebuah kereta Volkswagen Beetle. Bayangkan betapa berat buaya tersebut.
Tapi bila sekali pandang, aku ingatkan buaya tu palsu or a gimmick orang saja-saja nak main. Sekali pandang memang nampak macam replika buaya. Seolah-olah tak nampak asli. Kalau betul itu buaya sebenar, punca kematian tu mungkin akibat manusia yang memburu ( kata mereka lah! ). Tapi agak jarang kita mendengar buaya muncul di tepi pantai. Samada orang memburu dan memrangkapnya kemudian terlepas, tak tahu la kita.
Kali ini kira selamat lah pengunjung-pengunjung untuk bermandi-manda sekali lagi. Walaupun begitu, kenalah hati-hati ya. Dengan pelbagai benda yang telah dicurahkan ke dalam laut tu, tak tahu pula benda apa yang akan muncul selepas ini. hehehe.
Kesian juga pada buaya tersebut mati tanpa sebab. Sakit jantung kot. hehehe. Kita kat Malaysia ni kalau nampak buaya, confirm bunuh terus tanpa usul-periksa. Kalau kat luar Malaysia nun, sedaya upaya diorang cuba selamatkan eventhough dah ‘termakan’ orang.
Tapi betul la, sekali pandang gambar-gambar tersebut ada gaya macam ‘replika’ je buaya tu. Apa diorang dah buat pada bangkai buaya tersebut ya? Hari ini terus senyap tiada berita tentangnya. Padahal melibatkan tempat pelancongan tu. Busy pasal Adun kena tembak tu adala.
Cuba anda tengok, nampak macam palsu pun ada


Well, cuma pendapat je. Mungkin betul pun bangkai tu. Tapi punyala besar takkan orang tak pernah nampak? Buaya tidak akan stay dalam air lama-lama. Dia akan naik ke darat juga sekali-sekala. Dan kenapa ia boleh mati begitu sahaja? Soalan yang patut dipertikaikan.
Wassalam.





Recent Comments