Apa kes kenaikan harga minyak

Harga minyak and etc naik harga- Price HIKE!

Harga minyak and etc naik harga- Price HIKE!

Bismillahirohmanirohim.

Aku nak ‘melencong’ sikit dari jalan asalku ni dari promote bisnes wedding & event ni ke topik Minyak Naik Harga jap.

Terpaksa mulakan lewat malam ini dengan kenaikan harga minyak pada pukul 12:00am(dah masuk 16-7-10). Adoiyaa. Tak boleh ke diorang ni tunggu sampai akhir bulan nie? Memang la naik 5sen je, tapi bagi sesetengah orang macam aku nie yang memang tiap2 bulan kira duit cukup ke tak, takkan la tu pun takleh nak tunggu 2 minggu lagi. Kita jugak la jadik mangsanya.

Aku tengok dekat Facebook, ramai mengamuk.Walaupun 5sen, banyak tu Yop! Tapi ada gak segelintir siap jerit ‘ Yahooooo ‘ lagi tu. Ala, golongan2 yang buat MLM nie. So-called bisnes online nie. Dia cakap la kat Facebook yang dia tu income harian dia dalam rm1000-rm2000 SEHARI. So dia tak heran la sangat. Bagi aku, kalau ko banyak duit, toksah nak belagak2. Aku tau tu taktik ko la nak tarik perhatian orang, tapi ingat, jangan sampai kelihatan macam riak! Oh well, tu diorang punya hal la. Kalau diorang berjaya tu, syukur pada Allah.

Minyak Naik Harga lagi. Sini memang aku takder nak cakap apape sangat la. Malaysia ni kelakar tau, dia macam ada satu ‘ Trend ‘. Contohnya : kalau ada satu musim tu, budak hilang kene culik la, rogol la, bunuh la, satu musim tu tiap2 hari kat suratkhabar ada je kes2 camtu. Berlanjutan la sampai 2-3 bulan. Selepas kes itu, nanti keluar pulak kes artis cerai-berai nie. Tu pun lanjutttt jugak. Dan sebagainya lah.

Ni sok ni, minyak dah naik harga, barang2 lain pun naik harga, pastu masuk paper menunjukkan teksi caj lebih la, harga teh tarik naik la.Adoiyaaa.. ” Macam-macam adaaa. ”

So spend wisely,guys. Kalau di luar sana kebanyakkanya orang2 macam aku, jimat cermat ok? kalau aku ada income macam Justkhai ni kan best 😉 takder la aku risau sangat pasal income. Khai, ajar la aku.’ Tunjuk ajarku sifu’ .hehehe. InsyAllah, kalau ada rezeki, aku teringin nak ada income macam dia.

So, renung-renungkan..

Wasallam.

p.s: Aku tulis dalam bahasa je kali nie sebab aku hanya akan pakai English & Malay pada post aku yang berbentuk bisnes. So setiap kali ada event job or wedding offer yang aku terima, akan aku bahaskan dalam kedua-dua bahasa.

Jumpa lagi 🙂

Advertisements

7 Comments (+add yours?)

  1. hazman
    Jul 16, 2010 @ 11:27:09

    biasa la tu minyak naik…tapi gule naik..adoii..parah ni..haiz tak lama lagi kena la terima sume benda naik..last2 gaji jugak camtu..cuba la ikut style singapore and jepun ke..baru la best sikit

    Reply

    • shazammm
      Jul 16, 2010 @ 12:49:20

      takder la….memang la biasa. Tapi kalau negara lain leh hidup tanpa naikkan, nape la kite jadik camni.

      Gula naik sbb dia nak kurangkan orang Malaysia ni kencing manis kot.hehehe.

      Reply

  2. suri cahaya cinta
    Jul 16, 2010 @ 07:07:38

    salam kawanku..
    semua naik..gaji ttp bgtu gak di takuk yang lama..org snag mmg tak der mslh.klu org yang idup ssh dimana mrka nk mengadu nasib.tu blm hal yang ada tanggungan bilangan anak ramai..

    rasanya,
    klu brg tu turun byk mana pun..nti skit..sbyk pasti satu hari harganya akan di naikkan lagi..sedikit demi sdkit..mula2 mmg tak terasa sgt.tapi bila tahap kritikal meningi bagai nak rak pasti akan ada yg tak puas hati..

    mustahil brg yang rendah akan turun lagi rendah lagi..pasti naik..dan naik..gula..myk..ayam adeh tu le brg yang sllu kita makan..dan guna..

    Reply

    • shazammm
      Jul 16, 2010 @ 07:24:48

      salam kawan,

      itu la pasal. Mesti harga akan naik lagi dalam jangka masa dekat ni. Mula2 memang 5sen, nak bagi orang sedap hati. Tapi nanti mesti UP kaw2 punya..
      Anyway, thanx lawat blog saya. BAru je mula. So i dah subscribe blog u. Rajin2 la post menda baru ek?

      thanx

      Reply

  3. ashraf's Blog
    Jul 15, 2010 @ 20:50:36

    adush…nasib baik naik sikit..haha

    Reply

    • shazammm
      Jul 16, 2010 @ 04:10:37

      itula pasal,bro! Nasib naik sket. Tapi kat Facebook saya ni, mmg banyak orang komplen. Tapi ye la gak. Mula2 naik sikit. Lama2 nanti banyak lak tetiba dalam jangkan masa dekat. Masa zaman tun dulu naik sket2 bape puluh tahun skali.

      Oh well…that’s life i guess ;))

      Reply

    • shazammm
      Jul 16, 2010 @ 07:46:27

      Anyway bro..
      aku baru dalam blog2 nie. Domain sumer pun lom beli lagi. So aku subscribe kat blog ko. Post banyak sket eh?
      Kalo ada tips & tricks untuk blog aku nie tolong sebarkan ilmu ek?
      thanx.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: