Sime Darby Calix Logo Launch Sabah

Assalammualaikum.

Sekian lama dah nak post2 gambar-gambar event tapi tak pernah kesampaian. Hari ni amik jugak kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata untuk post hari ni.

Today’s post pasal event. Yes. Dah 3 minggu berlalu tapi hari ini BARU nak postkan gambar-gambar yang sekian lama dah bersawang dalam laptop ni.hehe.

Bukan apa, banyak sangat gambar. Nak postkan gambar mestila kita kene touch-up sikit betul tak? Takkan nak bagi para pembaca tengok gambar yang tak lawa gambarannya. hehe. Inipun separuh dari gambar-gambar yang ditangkap. Nak buat semua, tak kuasa kita!hehe. So aku ambil gambar-gambar yang patut je la dan sedap mata memandang.

Mengenai event tersebut, venue dia kat Sabah, Kota Kinabalu di The Pacific Sutera Hotel. Buat pengetahuan pembaca, ini 1st time aku datang Sabah. Sebelum datang sini, aku menyangkakan yang KK ni satu tempat yang gila advanced, macam KL jugaklah. Tetapi bila sampai je, takdelah se’GAH’ yang orang war-warkan. Tempat dia biasa sangat. Bila 1st time melangkah ke Sabah, aku terasa sebijik macam kat Padang, Indonesia. Tak saling tumpah. Macam Sarawak pun ada sebijik.

Betul la apa orang cakap, bila kita pergi Sabah, kena pergi pulau dia terus. Orang putih kita nampak melambak dekat town KK pun sebab diorang singgah town dia sebelum pergi ke pulau-pulau indah di sana. Sabah kan mempunyai antara pulau-pulau tercantik di dunia ( kan? ).

Tapi nasib aku kat sana bukana pergi bercuti, tetapi bekerja. So tak sempat la nak menikmati keindahan alam kat sana. Yang sempat kami pergi pasar Filipinonyer. Kat sana kan memang diorang je conquer Sabah tu.

Back to the topic, event hari tu memang berjalan lancar. Client memang happy sangat-sangat terhadap kualiti kami. Tapi kami sebenarnya tak puas hati dengan kualiti yang dipamerkan oleh supplier-supplier kami. Tapi in the end, kami berjaya menyetelkan masalah-masalah tersebut dengan tenang, and aku pula dijadikan console manager kat situ padahal orang lain patut jaga. Baik bayar aku je jaga console tu!hehe.

Tetapi, end of the day, everything went smoothly. Client pun suka. Kita pun suka juga. Decoration kami memang lawa. Tutup ballroom tu dengan kain-kain putih, pasang LED lights. Memang menghidupkan lagi event itu. Pada aku, kain putih main dengan lighting memang membawa ambience yang sangat gempak!

Decor-decor kami memang kami mencari paling kualiti. So we just want the best of the best for our clients.

So pendek kata, kami berpuas hati dengan hasilnya.

Aku sempat juga tangkap gambar sebijik dua Noryn Aziz. Lawa pulak dia. hehe. Tapi dia memang sempoi. Very humble. Tengoklah gambar-gambarnya di atas.

Lepas ni, gambar-gambar event Jusco pula. Actually Jusco patut dulu sebelum Sime Darby ni, tapi what the heck. Selamba je lah. See you in my next post!

p/s: Gambar-gambar jejaka dan gadis-gadis di atas ni, semuanya crew. Kalau ada berminat, silalah beritahu ya? hehe.

Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: