Maju junction

20110806-034140.jpg

Finally, after all that honking and waiting in the jam, we’ve finally arrived in Maju Junction where we i originally planned to go in the first place!

Haven’t been here for a while. Maybe 2 years? But safely i can tell you that it’s not what it used to be.

It’s so empty and ‘ lonely ‘. Food court mostly closed and to be frank, i think the whole place has the potential to closd down!

Despite that, this place still has lots of spirit. For instance, the still have Hari Raya sales going on and the place is still full of hawkers selling Hari Raya apparels. Not only that, they have a Hari Raya show going on 😉

So keep the spirit up, and happy shopping people!

20110806-034320.jpg

20110806-034412.jpg

20110806-034452.jpg

20110806-034533.jpg

Advertisements

Breaking fast @ Nandos @ Pavilion

20110805-071451.jpg

Breaking fast at nandos, pavilion! Can’t believe that nandos are taking reservations 😉
This is what ramadhan is all about! It’s all about being humble. Syukur that Allah has blessed us in so many ways so that we don’t starve. Alhamdulillah.

Pray and thank God for all the good things that we received.
To all my friends and readers out there, selamat berbuka puasa, and see ya 😉

20110805-071704.jpg

20110805-071746.jpg

Kad Raya-Relevant @ not relevant?

Salam semua.

Kad Raya.

Aku ingat lagi zaman aku, kad raya sememangnya tersangat popular. Zaman sekolah. Kat kedai siap dah habis dah kad-kad raya kedai jual. Nak cari punyalah susah. Masa tu aku stay kat subang. Aku ingat lagi, kat area-area taman rumah aku, semua kad raya habis dijual. Mungkin sebab dah masuk minggu ke-2, or memang orang ramai beli tak tau lah. Tapi aku ingat lagi aku sanggup naik basikal dari USJ 4 turun ke Summit ( sesiapa yang tahu selok-belok subang, dia tau lah bahawa usj4 dengan Summit tu jauh kalau naik basikal ) semata-mata nak beli kad raya. Puasa tuh!

Dapat je, terus beli 2,3 ( satu paket ada la dalam 10 keping ) paket nak bagi kat kawan-kawan rapat sekolah, dan jangan terlupa juga pada si ehem-ehem. hehe.

Anyway, masa zaman sekolah dulu, dalam 1997 ( form 2 ), kad raya time tu sememangnya orang pakai. Tak kira la insan ke, syarikat pun memang pulun habis pakai kad-kad raya. Kompeni-kompeni siap buat tempahan khas kad raya lagi untuk pekerja-pekerja mereka. Begitu istimewanya kad raya pada masa itu dan juga sebelum-sebelumnya.

Kad raya zaman tu memang sangat berharga. Pendek kata, kalau pakai pada zaman sekarang ni, dia jadi macam collector’s edition dah. Boleh kira dengan jari sangat orang yang membeli kad-kad raya.

Bayangkan zaman aku dulu, banyak betul aku dapat kad raya. Siap bersaing lagi dengan member-member dan sedara-mara sapa dapat kad raya paling banyak. Dari awek pun banyak juga. haha. Kad raya tu siap aku letak atas meja bilik aku, susun-susun elok je. Siap separuh letak kat meja bawah untuk tatapan orang yang datang beraya lagi.haha.

Ayahanda pula lagi la banyak kad-kad dia dapat. Tapi dia best, dapat je kad-kad raya, dia amik satu tali , dia lekatkan kad-kad raya kat tali tu, gantung kat tepi tangga or mana-mana sesuai sebagai decor. Rasanyer time tu memang banyak orang buat macam tu. Pasang lak lagi lampu kelip-kelip, pelita dan sebagainya, memang happening habis la raya zaman tu.

Aku suka bila dapat kad raya, kita susun-susun, dan kita tak jemu membaca kad-kad tu berulang-ulang kali. Memang syiok habis. Rindu zaman tu. Bagi aku zaman sekolah, tolak peperiksaan, memang best.

Zaman sekarang ni, bagi aku, budak-budak era ni takkan dapat menikmati maksud raya yang sebenar. Zaman sekarang ni, yang berteknologi canggih ni, budak-budak takkan pandang pun kad-kad raya, sebab bagi mereka kad-kad raya tu seperti tak wujud. Mereka takkan dapat hayati raya yang sebenar macam zaman kita dulu. Sekarang ni, mereka rela duduk rumah, main playstation or komputer je. Jarang kita tengok budak-budak seronok dan menghayati Hari Raya. Paling penting mereka tak dapat nak melayan mercun yang suatu ketika dahulu, sah di sisi undang-undang, sebab time tu mana kita dengar budak-budak pecah tangan main mercun. Elok je. Budak-budak zaman sekarang ni la pandai sangat tambah tu tambah ni tu yang meletup tangan tu.

La ni, budak-budak tak pakai lagi dah kad-kad raya. Apa yang aku nampak, kad raya zaman ni dalam bentuk digital. Sekarang ni pihak telco menawarkan pelbagai jenis kad raya dalam bentuk sms-seperti puisi, ayat-ayat jiwang dan sebagainya. Ada juga yang menghantar kad raya menerusi email sahaja. Senang bagi mereka. Cipta kad raya pakai komputer, lepas tu send sahaja. Paling-paling busuk pun, sms je hari raya. Sms zaman ni bagi mereka paling murah dan senang.

Era ni, masih ada juga insan-insan yang masih mengamalkan tradisi-tradisi lama kita itu seperti mengutuskan kad raya pada sahabat handai dan juga sedara-mara. Aku syukur sangat apabila tengok budak-budak menulsi kad-kad raya. Atleast ada juga segelintir yang mengekalkan tradisi tu.

Well, apa pendapat anda? Bagi aku, kad raya sangat relevan tak kira di mana dan zaman mana. Tradisi lama itu haruslah dikekalkan sampai bila-bila. Artis-artis Malaysia kita pun masih pakai kad raya tau? Jangan main-main.

Apa pendapat anda? Relevan @ tak relevan?

psst: Aku pun tak tulis kad raya tahun nie. Tak sempatttt. hehe.

%d bloggers like this: