Cerita Lama Yang Best.Apa kata anda?

The Team

Assalammualaikum,
Pagi-pagi buta pukul 220am ni aku tetiba teringin nak berblog mengenai cerita-cerita old skool.

Aku saja tengok-tengok dalam HardDrive aku, tengok-tengok ada cerita Predator. Yang 1st punya. Memang layan seyh. Hahaha. Zaman Arnold susahnakeja badan tough giler lagi.

Tak tau la aku kan, tapi aku minat giler cerita ni. Mungkin anda punyer jugak saya pun tak tau.

Cerita ni keluar sekitar 1987, and time tu kalau keluar cerita-cerita action macam ni, sungguh hit! Pendek kata, kalau ada filem-filem ditayangkan time 1980an tu yang melibatkan sc-fi @ thriller camni, memang layan habis.

Kira bertuah jugak la aku dilahrikan time2 camtu. Contohnya cerita Terminator 2 dalam 80an jugak. time tu efek  macam filem-filem zaman sekarang ni mana advanced sangat lagi, sebab tu ia membuatkan sesebuah filem tu lagi gempak pada era itu. Sebab itu filem-filem Starwars tu sampai penuh wayang time tu.

Satu lagi antara cerita genre ‘ Horror ‘ yang tak dapat aku lupakan : ‘ The Thing ‘. Memang layan habis. John Carpenter time tu punya imaginasi memang layan habis. Kiranya masa tu John Carpenter, Clive Barker dan Stephen King merebut lawan siapa yang paling hebat buat cerita horror. Cerita The Thing tu, keluar masa aku kecik lagi zaman 80an. Tapi aku boleh tak tidur 3 hari dengan betul sebab asyik teringat cerita tu sahaja. Tambahan pula dengan lakonan Kurt Russel, mantap habis.  time 80an technology mana gempak sangat macam sekarang ni, tapi cerita tu punya ‘ IMPACT ‘ pada penonton, memang seram. Biler tonton semula, aku siap fikir lagi bagaimana diorang boleh hasilkan filem-filem sedemikian dengan teknologi yang sangat terhad. Don’t know what i’m babbling about? Tengok gambar-gambar kat bawah ni. Memang sekali pandang korang cakap ‘ Ala, bukannya seram pun’. Cuba korang tengok pula….lagi-best tengok sorang2 tengah malam! Ada beran? Haha..

Kembali pada Predator tadi yang mengisahkan sekumpulan tentera yang merempuh hutan-hutan tebal untuk mencari sekumpulan tentera yang dilaporkan hilang. Sekali, ada ‘ surprise ‘ yang menunggu mereka. Kalau korang nak tengok videonya, beritahu aku. Kalau nak dibandingkan sekuel-sekuel filem ni, Predator ni paling best. No 2,3, AVP ( Alien vs Predator ) tu semua bagi aku tak best sangat. Tetapi, yang baru keluar di wayang baru-baru ni, ‘ Predators ‘ ( with an S ), korang kena pergi tengok. Dia tak ikut macam AVP tu dah, dia follow skrip dan jalan cerita asal yang kena-mengena dengan yang Predator ( the 1st movie ). Baru syiok!

Tapi tu pendapat aku la. Tak tau la if korang ada lagi tak filem-filem lama yang best giler korang boleh cadangkan kat aku. Aku leh try cari.

So bagi aku, ulasannya, antara filem-filem 80an faveret aku : ‘ The Thing ‘ ( Horror ),’  Predator ‘, ‘Alien ‘. Banyak lagi sebenarnya, tapi ini antara TOP filem aku. Itu seba sedikit ulasan tentang 2 daripada 3 filem aku minat.

So kalau korang ada cadangan, hint-hint la aku orait?

Wassalam.