Resident Evil 4 Review-Best @ Tak Best?

Salam semua,

Hari ni sempena Raya ke-7 ni, aku just nak buat a simple post je hari ni. Actually ada banyak perkra yang aku nak expresskan di blog-blog aku ni. Cuma masa je bila aku nak postkan sebab tengah menunggu masa yang sesuai untuk dipostkan!

Anyway, aku just nak ucapkan lagi sekiranya aku terlupa nak ucapkan sebelum ini : Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf  Zahir & Batin sekiranya aku tersilap cakap atau terkasar bahasa ( agak-agak terlambat sangat ke? he he he ).

Anyway again, aku nak buat satu review tentang satu filem : Resident Evil 4- Afterlife. Ada sesiapa dah tonton ke filem ini? Well, just a short review la dari aku.

Bagi aku, Resident Evil ni dari dulu sampai sekarang ni tiada beza sangat. Yang no.1 & 2 tu aku suka sebab dia ikut jalan cerita game dia. Atleast ada juga la storyline dia. Tapi masuk yang ke-3, dia jadi macam off-topic sikit. Storyline dah tiada kaitan dah. Dia macam dah cerita dia tersendiri.

Dari segi special effects dan juga actors dia, memang agak best la. Setiap kali keluar sequel dia, memang ada perubahan dari segi style perlawanan dan juga efek-efek baru yang lagi gempak! Tapi storyline dia macam out gila. Tapi mostly penonton-penonton zaman sekarang ni bila ada cerita keluar, tak kira la storyline out ke pe ke, janji menghiburkan. Macam aku, mesti nak teliti dengan mendalam, lagi-lagi tayangan yang dah lama aku nanti-nantikan atau menjadi tayangan yang mendapat ramalan yang gempak!

Lagi satu, aku pula suka lakonan seorang mamat dalam cerita ni; Wentworth Miller! Pelakon ni aku minat ( bukan secara gay~ish ye. ) masa dia berlakon dalam series Prison Break. Watak dia ke or personaliti or lakonan dia ke dalam cerita tu memang cool habis! Dia ni memang gempak la dalam cerita tu dengan lakonan cool dia tu.

So basically, dari segi action, efek, acting memang aku bagi 8/10, cuma storyline je la out sikit. But overall, it’s worth watching. Ini cuma pendapat aku, nak juga dengar pendapat anda semua.

Till next time, ciow.

Wassalam.

Live Online–|OngBak3? Memang Layan!|

Assalammualaikum.

Kenapa aku sebut ‘Live Online’? Sebab aku tengah melayan cerita ini sambil memblogging!Sudah sekian lama cerita ni dah keluar, tapi aku baru sahaja dapat kesempatan untuk menyaksikan kehebatan Tony Jaa dalam filem OngBak 3 ni. Ketinggalan zaman sungguh.hehe.

Review aku tentang cerita nie? Sama gempak dengan OngBak2, tapi lagi stylo la.

Pertempuran antara seni kejam dengan seni lembut. Memang layan punya. Aku rasa dari segi kualiti filem, Thailand rasanya dah jauh meninggalkan Malaysia. Kualiti diorang tu tahap international. Bukan nak promote negara orang and nak jatuhkan standard Malaysia, tapi Malaysia perlukan lagi membuat research dengan lebih mendalam dari segi teknik dan skill, shot gambar dan sebagainya.

Satu je spoil, Thailand punya skrip ni out sikit la. Kadang-kadang tu merepek juga.

OngBak2 bagi aku lagi banyak seni-seni pertahankan diri. Dia memperlihatkan lagi banyak seni-seni dari pelbagai puak.

Ongbak 3 setakat ni aku tengok, makin ganas dan kejam cara dia membelasah balik musuh-musuhnya. Kalau betul orang-orang tu kena pukul in real life, rasanya sudah tentu mamat tu bangun dengan lutut dalam mulut dia.hehe. Memang tiada belas kasihan langsung.

Jalan cerita kalau nak ikut, boleh tahan, tapi kelakar pun ada. Kadang-kadang tu tak beberapa faham pun ada.

Tapi overall, dari segi aksi dan kegempakan aksi-aksi stun maut Tony Jaa, memang layan habis! Aku kadang-kadang tu tak tengok sangat pun jalan cerita dia, tapi tengok aksi-aksi dia je.haha.

So itu sedikit sebanyak pendapat aku tentang filem OngBak3 ni. Jumpa lagi.

%d bloggers like this: