Datuk Sosilawati Disahkan Mati?

Salam semua,

MasyAllah. Dah lama aku tak tengok berita di TV mahupun surat khabar. Tetapi bila semalam aku buka internet tengok Utusan Malaysia dan juga Harian Metro, berita yang aku baca ni sangat kurang menyenangkan. Datuk Sosilawati yang didapati hilang sejak seminggu yang lalu, sudah meninggal dunia dengan peguam, pemandu dan juga pegawai bank yang juga hilang bersamanya.

Polis sudah menangkap suspek-suspek tersebut dan mereka mengaku memukul mangsa-mangsa sampai mati! Bangsat betul! Tak berhati perut. Malah yang ditangkap termasuk 6 lelaki dan 2 perempuan di mana salah seorang dari lelaki tersebut bergelar Datuk.

Polis mengesyaki pembunuhan bermotifkan hutang atau perjanjian dalam urusan jual tanah. Tapi kalau ada masalah pun, kenapala samapi berbunuhan macam tu? Takde otak ke apa? Binatang pun bunuh sebab perlu hidup, lumrah alam. Tetapi, mereka ni bunuh demi harta. Memang berengsek!

Aku di Shazammm ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Datuk Sosilawati. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, insyAllah.

amin.

Buaya Tembaga di Port Dickson? Betul ke?

Assalammualaikum

Aku dikejutkan oleh sesuatu yang sangat dasyat semalam. Buaya Tembaga di Port Dickson!

Kata Berita Metro bahawa ia berukuran dalam 5m & seberat 1 ton. Cuba bayangkan, 5 meter kalau in Layman’s Term adala dalam 18kaki. Panjang gila. 1 ton pulak hampir menyamai sebuah kereta Volkswagen Beetle. Bayangkan betapa berat buaya tersebut.

Tapi bila sekali pandang, aku ingatkan buaya tu palsu or a gimmick orang saja-saja nak main. Sekali pandang memang nampak macam replika buaya. Seolah-olah tak nampak asli. Kalau betul itu buaya sebenar, punca kematian tu mungkin akibat manusia yang memburu ( kata mereka lah! ). Tapi agak jarang kita mendengar buaya muncul di tepi pantai. Samada orang memburu dan memrangkapnya kemudian terlepas, tak tahu la kita.

Kali ini kira selamat lah pengunjung-pengunjung untuk bermandi-manda sekali lagi. Walaupun begitu, kenalah hati-hati ya. Dengan pelbagai benda yang telah dicurahkan ke dalam laut tu, tak tahu pula benda apa yang akan muncul selepas ini. hehehe.

Kesian juga pada buaya tersebut mati tanpa sebab. Sakit jantung kot. hehehe. Kita kat Malaysia ni kalau nampak buaya, confirm bunuh terus tanpa usul-periksa. Kalau kat luar Malaysia nun, sedaya upaya diorang cuba selamatkan eventhough dah ‘termakan’ orang.

Tapi betul la, sekali pandang gambar-gambar tersebut ada gaya macam ‘replika’ je buaya tu. Apa diorang dah buat pada bangkai buaya tersebut ya? Hari ini terus senyap tiada berita tentangnya. Padahal melibatkan tempat pelancongan tu. Busy pasal Adun kena tembak tu adala.

Cuba anda tengok, nampak macam palsu pun ada 😉

Well, cuma pendapat je. Mungkin betul pun bangkai tu. Tapi punyala besar takkan orang tak pernah nampak? Buaya tidak akan stay dalam air lama-lama. Dia akan naik ke darat juga sekali-sekala. Dan kenapa ia boleh mati begitu sahaja? Soalan yang patut dipertikaikan.

Wassalam.

%d bloggers like this: