Resident Evil 4 Review-Best @ Tak Best?

Salam semua,

Hari ni sempena Raya ke-7 ni, aku just nak buat a simple post je hari ni. Actually ada banyak perkra yang aku nak expresskan di blog-blog aku ni. Cuma masa je bila aku nak postkan sebab tengah menunggu masa yang sesuai untuk dipostkan!

Anyway, aku just nak ucapkan lagi sekiranya aku terlupa nak ucapkan sebelum ini : Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf  Zahir & Batin sekiranya aku tersilap cakap atau terkasar bahasa ( agak-agak terlambat sangat ke? he he he ).

Anyway again, aku nak buat satu review tentang satu filem : Resident Evil 4- Afterlife. Ada sesiapa dah tonton ke filem ini? Well, just a short review la dari aku.

Bagi aku, Resident Evil ni dari dulu sampai sekarang ni tiada beza sangat. Yang no.1 & 2 tu aku suka sebab dia ikut jalan cerita game dia. Atleast ada juga la storyline dia. Tapi masuk yang ke-3, dia jadi macam off-topic sikit. Storyline dah tiada kaitan dah. Dia macam dah cerita dia tersendiri.

Dari segi special effects dan juga actors dia, memang agak best la. Setiap kali keluar sequel dia, memang ada perubahan dari segi style perlawanan dan juga efek-efek baru yang lagi gempak! Tapi storyline dia macam out gila. Tapi mostly penonton-penonton zaman sekarang ni bila ada cerita keluar, tak kira la storyline out ke pe ke, janji menghiburkan. Macam aku, mesti nak teliti dengan mendalam, lagi-lagi tayangan yang dah lama aku nanti-nantikan atau menjadi tayangan yang mendapat ramalan yang gempak!

Lagi satu, aku pula suka lakonan seorang mamat dalam cerita ni; Wentworth Miller! Pelakon ni aku minat ( bukan secara gay~ish ye. ) masa dia berlakon dalam series Prison Break. Watak dia ke or personaliti or lakonan dia ke dalam cerita tu memang cool habis! Dia ni memang gempak la dalam cerita tu dengan lakonan cool dia tu.

So basically, dari segi action, efek, acting memang aku bagi 8/10, cuma storyline je la out sikit. But overall, it’s worth watching. Ini cuma pendapat aku, nak juga dengar pendapat anda semua.

Till next time, ciow.

Wassalam.

The Gathering Of Great Minds

Assalammualaikum

Aku just nak menyimpang sikit.

Tadi aku tengah saja-saja singgah tengok FB. Sebelah kanan tu ada iklan tentang ” The Gathering Of Great Minds” di mana salah seorang yang akan hadir pada gathering tu adalah Patch Adams.

Mungkin ramai yang tak tahu siapakah beliau yang dimaksudkan. Mungkin juga ramai tidak pernah menonton filem dia. Izinkan aku cerita serba-sedikit tentang sinopsis cerita ni.

Ada seorang lelaki ni yang bernama Hunter ‘Patch’ Adams. Dia pernah dimasukkan dalam wad hospital orang gila kerana percubaan untuk membunuh diri 3x atas sebab-sebab tertentu. Di situ, dia telah banyak membuat kawan dengan pesakit-pesakit mental. Sehingga pada satu masa, dia sendiri ‘membantu’ kawan-kawanya yang terdiri dari orang-orang yang mengalami masalah mental. Dari situlah dia tela mendapat ilham untuk membuat sesuatu yang bermakna dalam hidupnya, iaitu menolong orang.

Jadi setelah keluar, dia sambung pelajaran di Universiti sebagai seorang pelajar dalam bidang perubatan. Patch Adams, mempunyai otak yang cerdik, membuat teori sendiri dengan beranggapan bahawa pesakit tidak seharusnya mati dengan begitu sahaja. Jadi satu caranya untuk membuat pesakit-pesakitnya selesa adalah dengan membuat mereka KETAWA.

Salah satu ayat yang aku teringat masa tengok cerita tu, masa dia ditangkap atas mencuri barang-barang perubatan untuk membuka klinik percuma, untuk orang-orang yang tidak mampu membuat pembayaran untuk kos perubatan dan dihadapkan di hadapan juri-juri universiti itu, adalah :

“You treat a disease, you win, you loose. You treat a person, I guarantee you, you’ll win, no matter what the outcome.”- ( Kita cuba hapuskan penyakit, adakala menang dan adakala kalah, tetapi kalau kita jaga dan layan pesakit, aku gerenti, kita akan sentiasa menang tak kira apa jua kesudahannya ).

” Our job is improving the quality of life, not just delaying death.”- ( Kerja kita adala untuk mempertingkatkan lagi kualiti kehidupan, bukan sahaja menangguhkan kematian! )

Jadi setelah Patch Adams tamat pengajiannya, dia keluar dan telah menubuhkan Gesundheit Institute, sebuah hospital yang tidak mengutip profit dan percuma pada semua orang!

Jadi itulah serba sedikit tentang Hunter Patch Adams. Memang best and touching. Karakter Patch Adams ni patut dicontohi ramai bukan sahaja dikalangan doktor, malah semua orang di dunia ini.

Kalau anda ingin berjumpa dengan dia live, boleh berbuat sedemikian pada Jumaat 20 Ogos 2010 , Securities Commision Bukit Kiara sebab ada The Gathering Of Great Minds. Kita boleh berjumpa dengan tokoh-tokoh termasyur. Jangan lepaskan peluang ni.

[ English Translation ]

Meet the real Patch Adams, medical doctor and clown whose life is portrayed by Robin Williams in the Hollywood movie “Patch Adams”. Through an in-depth interview with Patch you will hear his story…about the journey from suicidal despair in his youth to the decision to devote his life to the study of how to heal through joy and laughter.
The viewer also gets an inside look at Patch’s project – an ideal, non-profit hospital under construction where a medically trained staff will work together with alternative practitioners.
“Beneath his clownlike persona lies a great deal of wisdom, and it often falls to court jester to speak the truth that those in power need to hear.” – Bernie Siegel, M.D.
famous quotes :
“You treat a disease, you win, you loose. You treat a person, I guarantee you, you’ll win, no matter what the outcome.”

” Our job is improving the quality of life, not just delaying death.”

-from the sources of www.therealpatchadams.com.
One of the most touching and moving movies i have ever watched. Go ahead, watch it.

%d bloggers like this: